kEngkAwaN saYe
28 November 2009
pEtanG iNi....
aritu, ari selasa mlm, selamat smpai dari langkawi...
pulau yg bersejarah...(mahsuri)
da smpai tu penat gak...pastu nk kene pk nk balik umah lg,,,..ye la..kan nk raye..akak pulak dua2 xbalik...kene la balik awal tulun mak...(padahal xtlg mane pon...)
menu biase hari raye :
ketupat nasi
ayam masak merah
rendang daging
sambal goreng
erm..kalo da name raye tu, makan memang bayak..(abis laa....hehehe)
nk wat camane....terpaksaaa....hikhikhik...
dalam raye nie, sempat gak abiskan satu novel yg baru beli sebelom pi langkawi aritu....
name novel tu ~~YANG SEBENARNYA~~..
KARYA AISYA SOFIA..
memang minat ar ngan karya penulis yang sorang nie....
citenye menarik...love story la...nk bace, ley ar pi bace, xrugi...nk pinjam pon boley ye....
hurm..boring dok umah...buku da abis bace...nk wat pe nie?????????tulun2 !!!!!!!!saye boringgg... any idea????
21 November 2009
Langkawi~~
20 November 2009
kEtiKa CinTa bErtAsbiH~~
18 November 2009
poSt ke-20
16 November 2009
''claustrophobia''
14 November 2009
oh tidak.....
12 November 2009
kHamIs da dAtAnG....
10 November 2009
mUsic aS a tHerApy~~
music as a therapy..yup..maybe ramai yg da tau pasal nie..tapi saje je nk cite...
- music yg kuat ley stimulate brain waves..faster beat boley membantu menajamkan fokus kite n menjadikan kite lebey alert..manakala slow music ley bagi efek calm....yu...nie ader dalam satu research...
- music jugak didapati ley mengubah breathing n heart rate..n ini akan membantu dalam memberi efek relaxation utk mengelakkan stress...
- music gak sebenarnye ley mengubah persepsi..menjadi lebey optimist..bukan pessimist....
- slaen tu, ader jugak kajian yg mendapati music boley meningkatkan immune system...yeaah...(dengan music, akan jadi lebey sihat n kuat..hehehe)
09 November 2009
mAtaKu.....
08 November 2009
pAdaNg mAhsYaR~~
MANUSIA selepas dibangkitkan dari kubur masing-masing akan menuju ke Padang Mahsyar. Keadaan mereka ketika itu berbeza-beza. Ada yang berjalan kaki, berkenderaan dan ada juga yang berjalan menggunakan mukanya. Pendek kata semua mengikut amal perbuatan ketika hidup dulu.
Seperkara lagi yang harus ditempuh oleh manusia di Padang Mahsyar ialah tidak mendapat perlindungan. Matahari terlalu hampir dengan ubun kepala. Maka, tidak hairan ada yang berpeluh kerana terlalu kepanasan sehingga terasa hingga sampai ke kaki, lutut, dada, leher mahupun sekadar bahagian muka saja.
Ketika dalam penantian persidangan itu, kelihatan wajah mereka yang tunduk cemas, muram dan hitam kelam. Keadaan itu samalah seperti kita melihat pesalah yang akan dibawa ke muka pengadilan. Takut serta bimbang sentiasa bermain-main di fikiran.
Bagaimana ketika di Padang Mahsyar tidak siapa yang dapat melepaskan diri. Bukan itu saja, malah untuk mencari pohon tempat berteduh juga tidak ada.
Sesiapa saja akan tetap diadili dan bergantung betapa taatnya dia dengan perintah Allah.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah) hari (ketika) Kami kumpulkan daripada setiap umat segolongan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, iaitu mereka dibahagi-bahagi (dalam kelompok-kelompok).” (Surah an-Naml, ayat 83)
Asy-Syaikh Abdul Wahhab asy-Sya’rani dalam kitabnya Mukhtashar Tadzkiratul Qurthubi menceritakan pada suatu hari sahabat Mu’adz bin Jabal bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai maksud firman Allah dalam surah an-Naba’, ayat 18, bermaksud: “Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok.”
Mendengar saja soalan itu, lantas Baginda menangis dengan bercucuran air mata seraya bersabda:
“Wahai Mu’adz, sesungguhnya engkau telah bertanyakan sesuatu perkara yang amat besar! Ada 10 macam umatku nanti yang akan dihalau ke Padang Mahsyar. Mereka itu semuanya telah Allah tukarkan, tidak seperti mereka hidup di dunia.”
Golongan itu seperti berikut:
· Ditukar rupa menjadi wajah kera. Mereka itu adalah manusia yang suka mengumpat.
· Ditukar rupa menjadi wajah babi. Mereka adalah kalangan mereka yang suka memakan harta anak-anak yatim.
· Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah. Mereka itu adalah manusia yang suka memakan riba.
· Dihalau dalam keadaan buta dan diiring. Mereka adalah daripada kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum.
· Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal. Mereka itu adalah kalangan yang bangga dengan amalannya sendiri.
· Dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga paras dada dan mulutnya pula keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan perbuatannya.
· Ada manusia yang dihalau dalam keadaan terpotong kedua kaki dan tangan. Mereka itu adalah daripada yang suka mengganggu tetangga.
· Diiring ke Mahsyar dalam keadaan tersalib di pokok kurma neraka. Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka berusaha mengajak orang ramai supaya membela pemerintah yang tidak jujur kepemimpinannya.
· Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas. Mereka itu adalah manusia yang takbur, sombong dan bongkak.
Allah berfirman dalam surah Taha, ayat 124-126 bermaksud:
“Dan barang siapa berpaling daripada peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannnya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: Ya Tuhanku, mengapakah Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulunya adalah seorang yang melihat? Allah berfirman: “Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kamu melupakannya dan begitu pula pada hari ini kamu pun dilupakan.”
Daripada perbezaan kumpulan itu, jelas bahawa walaupun ketika berada dalam dunia dalam keadaan normal, tiada cacat cela, tetap akan ditukar oleh Allah mengikut amalan yang dilakukan di dunia. Sebelum sampai hari pengadilan di Padang Mahsyar yang maha luas itu.
Begitu juga dengan pengiringan dan penghalauan manusia ke Padang Mahsyar, jangan sekali-kali menganggap ringan kerana memikirkan perkara itu belum pernah berlaku. Bagaimanapun Allah telah berfirman dalam al-Quran ia pasti berlaku.
Firman itu bermaksud: “Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu) Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi itu datar dan akan Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun daripada mereka.”
p/s : ini sy ambil dari satu petikan dan smoga dapat menjadi sedikit peringatan untuk kita bersama...amin...
07 November 2009
kEtiKa CinTa bErtAsbiH~~
Cinta,
Adalah kekuatan
Yang mampu,
Mengubah duri jadi mawar,
Mengubah cuka jadi anggur,
Mengubah sedih jadi ria,
Mengubah amarah jadi ramah,
Mengubah musibah jadi muhibah,
Itulah cinta....